BLOG
(KPF3012)
Projek pilihan : Blog
ANALISIS HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, KURIKULUM KEBANGSAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh :
Nur Faratul Nisa Binti Ab Rahman
(D20202096284)
Konsep dan pengertian falsafah dalam bahasa inggeris ialah Philosophy. Falsafah ialah Philophia (Yunani) iaitu philo (cinta) dan sophi (bijaksana\arif). Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan individu, masyarakat dan negara. Kurikulum pula ialah suatu rancangan pendidikan yang mengandungi segala nilai, ilmu pengetahuan, kemahiran dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dalam masyarakat atau negara.
Pendidikan di Malaysia iaitu satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan ini bebentuk pendidikan berterusan atau dikenali sebagai pendidikan sepanjang hayat. Menurut Zaini Abdullah, (2021) pendidikan berterusan terbahagi kepada tiga iaitu pendidikan informal pendidikan formal dan pendidikan non-formal. pendidikan merupakan satu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir hayat. Pendidikan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat sekolah dan peringkat lepas sekolah. Pada peringkat awal pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal. Proses pendidikan berterusan berlaku hingga ke peringkat selepas persekolahan, semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, di tempat kerja mahupun dalam komuniti. Pendidikan juga terus berlaku secara pembelajaran kendiri sama ada melalui media massa ataupun melalui internet pada peringkat selepas sekolah.
Dalam proses pendidikan, pendidikan menekankan usaha secara berterusan bagi mengembangkan potensi individu. pelaksanaan pendidikan adalah secara menyeluruh bersepadu seimbang dan harmonis. Proses pendidikan melibatkan komponen intelek rohani emosi dan jasmani yang berpaksikan kepada Tuhan.Pendidikan di Malaysia terbahagi kepada dua matlamat iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Matlamat intrinsik bermakna apa yang sepatutnya setiap warga negara peroleh menerusi pendidikan. Matlamat FPK terhadap pembangunan insan ialah percaya dan patuh kepada Tuhan berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta sejahtera diri. Matlamat ekstrinsik pula bermaksud sumbangan setiap warganegara iaitu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
Kurikulum kebangsaan merupakan pengisian pendidikan yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan dan kepercayaan yang dirancang untuk diwariskan kepada murid menerusi pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Garis panduan yang sama untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Matlamatnya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada agama, sejahtera diri dan sedia memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum rasmi di peringkat kebangsaan serta merangkumi pendidikan Prasekolah (KSPK), Sekolah Rendah(KSSR) dan Sekolah Menengah(KSSM). FPK memberikan panduan cara pendidikan negara beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai.
Rajah 2: Hubungkait FPK, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran.
Dalam kurikulum kebangsaan, guru merancang pengajaran berdasarkan Dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) iaitu melalui Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan pengajaran Harian (RPH). Guru wajib menyediakan RPT mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. Dalam RPH pula, maklumat yang perlu ada ialah maklumat asas dan maklumat pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Zaini Abdullah, 2021). Dengan adanya, DSKP, RPT dan RPH proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar selaras dengan FPK dan kurikulum kebangsaan.
Kesimpulannya, pendidikan yang berkesan mestilah menpunyai hala tuju yang jelas dan cara pelaksaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan cara pendidikan mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses yang ditentukan kearah matlamat yang hendak dicapai. Matlamat yang dihasratkan hanya boleh dicapai apabila kuriklum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian. Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat. Kurikulum ini bersifat dinamik dan fleksibal untuk disesuaikan dengan keadaan pengajaran dan pembelajaran semasa yang sentiasa berubah.
DOMAIN
OBJEKTIF KOGNITIF DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS BERFIKIR SEBAGAI PENENTU
PENCAPAIAN MURID
Oleh :
Azman Bin Sampang
(D20202096285)
Bidang pendidikan mempunyai satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan dan berkaitan objektif pendidikan melibatkan bidang pengetahuan, sikap dan psikomotor. Model ini dikenali sebagai Taksonomi Bloom.dan terbahagi kepada ;
Sistem pendidikan pada masa ini menggunakan pendekatan taksonomi Bloom bagi menggubal soalan. KPM memperkenalkan kandungan pembelajaran baharu yang lebih menekankan peringkat pemikiran aras tinggi iaitu analisis, sintesis, dan penilaian. Hierarki didalam taksonomi Bloom ini ialah;
Berdasarkan rajah tersebut, banyak perkara yang boleh disoal berpandukan
setiap tahap untuk mengukur pencapaian murid ditahap mana, Penggunaan kata-kata
kunci tertentu guru dapat mengenalpasti apakah sebenarnya perkara yang dikuasai
dan kemahiran yang dicapai oleh pelajar.
Pengetahuan
Pada tahap ini guru ingin mengetahui pelajar mendapatkan kembali,
mengingat semula pemgetahuan yang releven dari jangka masa panjang dan
bahan-bahan pembelajaran seperti, fakta, defnisi,konsep,pengetahuan dan
peraturan. Sebagai contoh, kata kerja atau kunci yang digunakan ialah,
definisikan, nyatakan, senaraikan,labelkan, padankan, susunkan dan kenal pasti.
Pemahaman
Terbahagi kepada dua iaitu ,bahagian pemahaman. Diperingkat ini guru ingin melihat pencapaian murid dalam menunjukkan pemahaman terhadap makna, fakta dan idea,. contoh kata kerja ialah, bandingkan,perihalkan,klasifikasikan,jelaskan, huraikan,terangkan dan bincangkan. Seterusnya terbahagi kepada, membuat inferens, iaitu guru mengukur pencapaian murid dengan melihat murid menunjukkan pemahaman murid terhadap makna dan idea yang tersirat. Sebagai contoh, kata kerja atau kuncinya ialah, spekulasikan, buat interpretasi, inferens, membuat generalisasi, berkan contoh dan kesimpulan.
Aplikasi
Tahap inip pencapaian murid diukur dengan muridr menunjukkan kebolehan mengaplikasikan maklumat , ilmu, prinsip dan prosedur untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu.. Kata kerja yang digunakan untuk menyoal ialah ialah, demonstrasikan, tunjukkan, stimulasikan, buat eksperimen, kembangkan dan binakan.
Analisis
Peringkat ini pula, pelajar dapat memecahkan maklumat atau bahan kepada
bahagian kecil untuk tujuan aplikasi ,dan menentukan bahagian kecil samada
berkait antara satu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan umum melalui
perbandingan, menyusun atur, dan attributing. Kata kunci dan kerja yang
biasa digunakan ialah, bandingkan, kategorikan,pisahkan, asingkan,
kaitkan,rumuskan, dan tentukan.
Penilaian
Merupakan salah satu peringkat tertinggi dalam domain kognitif,
penilaian dilakukan untuk menguji kebolehan pelajar membuat pengesahan, memberi
pendapat,hujah kritikan ,menilai pernyataan dan membuat penghakiman berdasarkan
kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan. Contoh soalan dan kata
kerja yang biasa dikeluarkan, berikan pendapat anda, nilaikan, cadangkan dan
ulaskan.
Reka Cipta
Reka cipta merupakan aras paling tinggi Taksonomi Bloom, reka cipta ini
memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak
menghasilkan sesuatu projek , karya atau pemikiran yang relevan dengan
menyatukan dan menyusun elemen-elemem membentuk satu gagasan umum yang
berkesinambungan dan berfungsi melalui penjanaan dan penghasilan.Melalui Reka
Cipta ini, pencapaian pelajar dapat ditentukan ditahap mana jika memahami
soalan dan mampu berfikir secara kreatif dan menghasilkan respon berdasarkan
soalan. Antara contoh kata kerja yang digunakan dalam soalan ialah, rekakan ,
binakan,wujudkan, gubahkan, rancangkan dan hasilkan.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sebagai Penentu Pencapaian Murid
Sitem pendidikan Abad ke-21 pada masa ini khususnya di Mlaysia Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina satu kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa denga menekankan aspek kemahiran kreatif, inovasi, dan menyelesaikan masalah bagi melahirkan generasi yang seimbang diabad ini.
Ismail, Sidek & Mahbub, 2015, pelajar yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan hasrat itu, Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menggariskan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada aspirasi kemenjadian murid.Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan
Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingat, memahami mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.Kemahiran Berfikir adalah keupayaan menggunakan minda bagi menghadapi sesuatu situasi dan membuat keputusan melalui penaakulan. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu ( Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2014 ).
Penekanan KBAT dalam KSSR dan KSSM
ini merupakan usaha dan pendekatan kerajaan yang menyeluruh dan sistematik
untuk melahirkan generasi atau pelajar
yang mampu mengasah kemahiran berfikir agar pelajar pada masa ini tidak
lagi sekadar berpengetahuan dan menghafal sahaja tetapi mampu memahami,
berfikir secara mendalam , membuat penilaian, refleksi dan menghasilkan sesuatu
diluar kotak dan boleh diaplikikasikan di kehidupan sebenar. Tahap pemikiran
dalam taksonomi Bloom semakan Anderson adalah sama tahap pemikiranya dengan
doamin kognitif yang telah dinyatakan iaitu,meliputi 6 kategori bermula dari aras rendah (mudah)
dan tinggi (kompleks). Antaranya, berpengetahuan dan mengingat, memahami,
aplikasi analisis, menilai dan mencipta.
Penguasaan murid dalam Kemahiran Berfikir Ara Tinggi (KBAT) ini dapat menjadikan mereka pelajar yang dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan melalui pengetahuan yang dimiliki dapat difahami dan diaplikasikan dalam dunia sebenar lebih-lebih dalam pembelajaran dikelas bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan pengaplikasian dapat diteruskan sehingga memperoleh kerjaya diluar. KBAT ini juga sebagi penentu pencapaian murid apabila murid mampu menganalisis suatu persoalan pernyataan dan menilai dengan membuat pertimbangan atau justifikasi dalam melaksanakan sesuatu atau mencipta sesuatu, idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.
Murid yang menguasai KBAT ini juga akan membentuk nilai dalam diri mereka iaitu, lebih yakin dalam melaksanakan sesautu , lebih-lebih dalam menempuhi cabaran proses pembelajaran disekolah kerana penerapan KBAT dalam idir mereka mendorong mereka berfikir secara kritis, kreatif seterusnya membawa kepada pemikiran yang lebih matang dan sentiasa pandang kehadapan. Nyatijahnya, usaha dan pendekatan kerajaan yang menyeluruh dan sistematik untuk melahirkan generasi atau pelajar yang mampu mengasah kemahiran berfikir dan mampu bersaing diperingkat global akan tercapai.
KEPENTINGAN
MERANCANG PENGAJARAN SEBAGAI PENENTU KEBERHASILAN MURID DAN KEMENJADIAN MURID
Oleh :
(D20202096286)
Pendahuluan
Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.
Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Selain itu ia juga merupakan proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995).
Kepentingan
Perancangan yang teliti dan komprehensif akan
memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan
pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan masa, urutan dan penekanan
kepada isi setiap pelajaran. Topik – topik yang penting dalam peperiksaan
akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih
teliti. Oleh itu, para pelajar akan lebih fokus terhadap sesuatu tajuk
yang diajar oleh guru mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat
menyediakan bahan – bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran
mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak
disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai dan secara tidak langsung guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.
Seterusnya, kepentingan merancang pengajaran mampu meningkatkan keyakinan guru ketika mengajar. Hal ini kerana, apabila guru sudah bersedia dengan rancangan mengajarnya, pastinya guru akan yakin untuk memulakan proses pengjaran dan pembelajaran (pdpc) kerana guru telah membuat persediaan dengan teliti dan sempurna. Oleh itu, para pelajar juga akan mudah menerima segala input yang diberikan oleh gurunya.
Guru yang merancang pengajaran sebagai penentu keberhasilan para guru dan kemenjadian murid mampu mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik semasa pengajaran dilakukan. Hal ini kerana, pengalaman penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan dakan dapat dilakukan. Guru akan menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan.
Penutup
Jelaslah bahawa, kepentingan rancangan pengajaran harian yang teratur dan berkesan akan dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dengan baik dan bersistem terutamanya pelajar yang bermasalah pembelajaran. Pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan di samping dapat melahirkan pelajar yang berilmu dan berpengetahuan serta guru yang berwawasan.
KEPENTINGAN DAN
PELAKSANAAN REFLEKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh :
Nur Aqilah
Khaleeda Binti Zainal Abidin
(D20202096287)
Refleksi merupakan pemikiran yang memerlukan individu untuk berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Proses ini dipanggil sebagai proses kognitif aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah praktik (Dewey, 1993). Menurut Then Moli, (2013) refleksi merupakan proses untuk sesorang mengingati kembali sama ada proses pengajaran yang telah disampaikan olehnya memiliki kelemahan atau kekuatan dan berusaha untuk merancang cara untuk mengatasinya. Refleksi juga merupakan proses menganalisis, merenung, dan mencari alasan. Kemudian akan membuat cadangan serta indakan untuk memperbaiki diri secara berterusan.
KEPENTINGAN REFLEKSI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kepentingan pelaksanaa refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat membuat penilaian kendiri. Penilaian kendiri ini bertujuan untuk menilai sejauh mana ilmu yang telah disampaikan memberi kesan dan juga adakah ilmu tersebut Berjaya dalam memberikan kefahaman secara ringkas kepada guru dan murid. Contohnya, guru meminta murid untuk menerangkan secara ringkas topik yang baru sahaja dipelajari oleh mereka sebentar tadi..
Kepentiingan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang kedua ialah dapat melatih berfikir secara analitik, kritis dan kreatif. Refleksi merupakan suatu proses kritikal yang mempunyai pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi proses pengajaran guru-guru dan pembelajaran. Menurut Then Moli, (2013) guru dapat membuat pengubahsuaian dan membuat penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih efektif. Selain itu, juga guru dapat mempelbagaikan teknik pengajarannya agar berbeza berbanding teknik pengajarannya sebelum ini agar lebih kreatif dan dapat menarik minat pelajar untuk memberikan perhatian mereka terhadap pembelajaran tersebut. Melalui cara ini, dapat mengasah kemahiran berfikir daripada pelbagai sudut secara analitik, kritis, dan kreatif tentang sesuatu subjek. Contohnya, guru selalu berfikir untuk mencari kaedah alternatif untuk menyampaikan pelajaran jika murid memberi refleksi negatif semasa pengajaran dan pembelajaran atau dikenali sebagai PdP. Selain daripada guru, murid-murid juga turut dapat mengasah minda mereka untuk lebih giat dalam berfikir dan dapat mempelajari ilmu melalui proses PdP tersebut dengan baik.
Kepentingan yang ketiga ialah dapat menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih baik.Perkara ini dapat merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika berlakunya proses mengajar tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru melaksanakan pelan tindakkan pengajaran berasaskan teori-teori yang telah dipelajari.
Kepentingan pelaksanaan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid dan guru boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan. Refleksi membolehkan pelbagai pilihan dirangka dan memilih pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Refleksi turut membolehkan perancangan awal dilakukan dan guru-guru dapat meramalkan hasilnya. Sebagai contohnya, pilihan terbaik akan dipilih dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang lebih menarik dan berwarna-warni bagi menarik minat murid untuk belajar berbanding dengan menggunakan bahan bacaan yang padat dengan tulisan kerana pelajar akan lebih mudah bosan dan hilang fokus terhadap pembelajaran yang sedang berlangsung.
PELAKSANAAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bagi melaksanakan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran, ianya mempunyai pelbagai cara. Terdapat dua jenis model menurut para pengkaji iaitu model dari Greenway dan juga model dari Johnson. Model Greenway telah mengemukakan sebanyak tiga Langkah untuk melakukan pelaksanaan refleksi pengjaran dan pembelajaran iaitu rancang, buat dan akhir sekali ialah nilai.
Bagi model Johnson, (1998) pula telah mencadangkan sebanyak enam tahap untuk pelaksanaan refleksi tersebut iaitu tahap pemahaman, transformasi, pelaksanaan, penilaian, refleksi dan tahap pemahanan baru.
1.Tahap pemahaman
Guru-guru harus memahami teknik-teknik yang harus digunakan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan ICT dalam untuk proses pengajaran dan pembelajarannya dalam mempelbagaikan teknik pengajarannya. Seperti yang diketahui, dengan menggunakan teknik ini dapat mengikuti perkembangan semasa yang merupakan era teknologi dan dalam masa yang sama dapat menjadikan proses pengajarannya menjadi lebih menarik.
2. Tahap transformasi
Bagi tahap transformasi ini, proses pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan dengan mempunyai sesuatu prinsip di dalam bilik darjah. Guru-guru akan menyediakan rancangan pelajaran harian dan menjelaskan perkara-perkara yang harus dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif dengan lebih terperinci. Kaedah koperatif merupakan kaedah yang memerlukan pelajar untuk bekerjasama dalam bentuk kumpulan yang kecil dan cuba mencapai matlamat iaitu agar semua pelajar memahami tentang pembelajaran tersebut.
3. Tahap pelaksanaan
Guru akan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaraan berdasarkan rancangan
pelajaran harian yang telah dibuat pada tahap trasformasi. Guru-guru akan
mengikut seperti yang telah di rancang dan guru akan membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan atau masalah pembelajaran yang
telah ditetapkan.
4. Tahap penilaian
Pada tahap ini, guru akan menilai kaedah koperatif yang telah dijalankan tersebut dengan mengingati kembali pelajaran yang telah disampaikan. Guru akan membuat catatan berkaitan kaedah koperatif tersebut kemudian akan menilai pencapaian pada setiap langkah yang telah dilakukan dalam kaedah koperatif ini.
5. Tahap refleksi
Guru akan melihat dan merujuk semula catatan yang telah dibuat berkaitan kaedah koperatif yang dilaksanakan dalam bilik darjah yang telah dicatat olehnya. Pada tahap inilah, guru-guru dapat mengimbas kembali tentang maklum balas daripada setiap pelajar berkaitan kaedah yang telah dilaksanakan tersebut.
6. Tahap pemahaman baru
Pada tahap terakhir ini, guru akan memahami kekurangan dan kekuatan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dan guru akan membuat penambahbaikan bagi memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam pengajarannya.
KESIMPULAN :
Secara tuntasnya, refleksi ini juga penting untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Turut dijelaskan tentang kepentingan melaksanakan refleksi dan juga tentang jenis-jenis model refleksi bagi melaksanakan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Refleksi ini berupaya membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan turut membantu dalam mempertingkatkan kemahiran mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif lagi.
RUJUKAN :
Dewey, J. (1933). How We Think. A
Restatement Of The Relation Of Reflective Thinking To The educative Process.
Boston. D.C. Heath and Company.
Lim Ming Hoay. Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Huraian dan Penghayatan Hasil Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/16130696/FALSAFAH_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN_FPK_HURAIAN_DAN_PENGHAYATAN_HASIL_PEMBELAJARAN
Nor Hasniza Binti Ibrahim. (2006). Kajian
Pemikiran Dan Amalan Refleksi Di Kalangan Guru Pelatih Sains Universiti
Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Suhaimen Isnen, (2017). Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) - High Order Thinking Skills (HOTS). Dicapai pada 27 April 2021. http://www.cikgusuhaimin.com/2017/06/konsep-kemahiran-berfikir-aras-tinggi.html?m=1
The Moli, (2013). Kemahiran Dan Amalan
Penulisan Refleksi Dalam Kalangan Guru Di Tiga Buah Sekolah Menegah Di Daerah
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Zaini Abdullah. (2019). Perkembangan
Pendidikan Di Malaysia : Falsafah Dan Dasar. Tanjong Malim : Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

